APRIL 2022

Syarikat Dari Sarawak Jalin Kerjasama Dengan Syarikat China Laksana Projek Infrastruktur


KUCHING: Telbina Technology Sdn Bhd akan bekerjasama dengan firma China untuk projek yang lebih mencabar di Sarawak, jelas Pengerusi Telbina Technology Sdn Bhd, Dato Rahman Lariwoo.

Menurutnya, pepatah Melayu “Air dicincang tidak akan putus” jelas menggambarkan persahabatan milenium antara China dan Malaysia bersama-sama dengan inisiatif ‘Belt and road’.

“Tujuan utama jika ‘BRI’ ini di bawah projek adalah untuk menggalakkan pembangunan ekonomi dan kesalinghubungan antara wilayah.

“Sebagai sebahagian daripada Malaysia, kerajaan Sarawak sentiasa mencari jalan untuk menyediakan projek infrastruktur terbaik.

“Saya percaya bahawa melalui inisiatif ini akan ada akses yang lebih baik kepada seluruh negara dan akan menguntungkan untuk membangun serta ekonomi sedang pesat membangun kerana pelaburan dan perdagangan akan mempercepatkan pembangunan Sarawak,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) di antara Telbina Technology Sdn Bhd bersama dengan CSCEC Strait Construction And Development CO LTD di sini pada Selasa.

Tambah beliau, dengan adanya kerjasama Telbina dengan GSCEC, firma akan menjadi lebih berkebolehan dan akan menjadi lebih cekap dalam mendepani cabaran menampung beberapa projek sakit yang ada di kawasan pedalaman khususnya.

Turut hadir menyaksikan MoU berkenaan, Menteri di Jabatan Premier Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus, Datuk John Sikie Tayai; Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Dato Majang Renggi; Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Liwan Lagang serta dif-dif kehormat yang lain.-EDISI UKAS

Sumber dari : UKAS